Rabu, 6 Disember 2017





KERTAS KERJA
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan
 TARIKH
28 November 2017

TEMPAT
AUDITORIUM 1

ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 3 Sesi 2017/2018


1.0       TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan kelulusan dripada pihak universiti untuk menggunakan Auditorium 1 dengan tujuan berikut:
  1. Untuk mendapatkan kelulusan penggunaan dan peminjaman tempat untuk mengadakan pameran ini.

2.0       PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah FakultiSains dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.

3.0       OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i untuk menghasilkan BBM yang lebih kreatif.
3.2 Mewujudkan semangat berkerjasama dalam satu kumpulan.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Memberikan peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas dalam      proses pembelajaran dan pengajaran.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
3.6 Dapat mempelajari untuk menilai sesuatu kerja sesebuah kumpulan.


4.0       HASIL PEMBELAJARAN
  1. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
  2. Memberi pengalaman untuk para pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif dan berinovasi.
  3. Wujudnya daya saing pemikiran yang kreatif daripada kumpulan yang lain.
  4. Kepentingan bekerja dalam satu kumpulan.

5.0       KEMAHIRAN INSANIAH
  1. Pendedahan kepada mahasisiwi untuk menghasilkan bahan bantuan mengajar dengan lebih kreatif.
  2. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
  3. Wujudnya keboleh pasaran sesuatu bahan bantu mengajar untuk pembelajaran alaf ke-21.
  4. Wujudnya pelbagai teknik yang sesuai untuk pembinaan bahan bantu mengajar.
  5. Membentuk peribadi guru yang kreatif dan berdaya saing.
  6. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.

6.0       JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan berdaya saing. Seterusnya, dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mewujudkan perkongsian atau percambahan idea untuk membantu para bakal guru untuk mencipta suasana pembelajaran yang baru sesuai dengan keperluan pembelajaran alaf ke-21.  Semangat kerjasama dan saling membantu sesama dapat mempercepatkan proses pemikiran untuk mencipta bahan bantu mengajar. Kesimpulannya, pengisian yang ingin disampaikan melalui pameran ini adalah untuk mewujudkan daya reka cipta yang tinggi, kreativiti dan semangat berkerjasama dalam satu kumpulan.

7.0       MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program        : PAMERAN BBM KETERAMPILAN MEMBACA
Tarikh            : 28 November 2017
Hari                : Selasa
Tempat           : Auditorium 1

8.0       KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 16 orang pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca kumpulan C, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

9.0       TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
2.30-2.50 petang
Taklimat penilaian oleh pensayarah BMK 3033
Persiapan setiap kumpulan
2.50 petang
Sesi penilaian oleh ketua kumpulan
3.00-3.30 petang
Sesi pameran
Sesi penilaian oleh pensyarah BMK 3033
3.30-4.00 petang
Sesi bergambar bersama ahli kumpulan dan pensayarah BMK 3033
4.00 petang
Bersurai



10.0     SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Penaung
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Ketua Penasihat
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Pengarah program
Siti Zarifah Binti Zamri
Setiausaha
Nor Akmaliza Binti Mohd Rawi
Penolong Setiausaha
Carmen Tan Li Wei
Bendahari
Nur Dalila Binti Mat Jusoh
Ahli Jawatankuasa
AJK Persiapan Tempat
Carmen Tan Li Wei
Nor Akmaliza Binti Mohd Rawi
AJK Pameran
Nur Dalila Binti Mat Jusoh
Siti Zarifah Binti Zamri

11.0     ANGGARAN KEWANGAN
PENDAPATAN
BIL
PERKARA
PER (RM)
UNIT
JUMLAH (RM)
1
Kad Manila Hitam
1.20
3
3.60
2
Kertas Warna
2.40
1
2.40
3
Lain-lain
-
-
-

Jumlah Keseluruhan : RM 6.00
Baki : -

12.0     PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.








Disediakan oleh:
Nor Akmaliza Binti Mohd Rawi
Setiausaha,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disokong oleh:
Siti Zarifah Binti Zamri
Pengarah Program,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disemak oleh:





Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Penaung Program,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Laporan Tentang Pameran Bahan Bantu Mengajar

BLOG KETERAMPILAN MEMBACA                                         NAMA PEN...