Sabtu, 9 Disember 2017

Kelebihan dan Kelemahan BBM

Kelebihan dan Kelemahan BBM

1.0 Kelebihan Kepada Guru

1. Membantu guru dalam menyampaikan maklumat secara tersusun dan membangunkan pemikiran murid dalam sesuatu matapelajaran.

2.Menjadikan suasana Pembelajaran dan Pemudah cara PdPc di dalam bilik darjah yang memberi keseronokan kepada murid.

3.Guru dapat mengawal kelas dengan keadaan baik dan harmoni.

4. Guru dapat memudahkan murid faham tentang subjek yang diajar melalui BBM yang dihasilkan.

5. Guru dapat mempelbagaikan teknik mengajar kepada murid dan murid akan berasa gembira dan tidak bosan.




1.1 Kelebihan Kepada Murid

1. Murid akan berasa selesa dan bersemangat untuk datang ke sekolah kerana guru melakukan pelbagai aktiviti yang menarik.

2.Membina pemikiran pelajar dari segi Kognitif dan efektif (emosi) dalam penerimaan murid untuk belajar dan menyertai segala aktiviti yang guru lakukan di dalam kelas.

3.Murid dapat mempersembahkan atau membentangkan apa yang mereka faham melalui aktiviti-akativi yang guru mereka buat dan apa yang mereka faham berkenaan dengan mata pelajaran yang diajar.



2.0 Kekurangan Kepada Guru

1. Guru perlu banyak membuat perancangan dalam menyusun teknik yang sesuai untuk diaplikasikan dalam BBM yang ingin digunakan. Sekiranya guru tidak memilih teknik dengan kurang tepat, hal ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kurang berkesan.

2. Guru perlu memastikan bahan untuk dijadikan BBM itu bermutu dan berkualiti kerana  guru perlu kreatif dalam mencari lebih banyak bahan untuk membuat kajian dan rujukan berkenaan dengan pengajaran yang ingin disampaikan. 

 3. Guru perlu memastikan BBM ini tidak sepenuhnya bergantung kepada murid. Kerana murid pada masa yang sama perlu juga membuat sesuatu tugasan untuk menunjukan kefaham mereka dan menerangkan kembali di dalam kelas melalui sesi pembentangan.


3.0 Kelemahan Kepada Murid

1.Murid kadangkala akan cepat bosan kerana kurang minat dengan BBM yang guru mereka pamerkan. Ini adalah salah satu cabaran kepada guru kerana tidak semua murid boleh ikut apa yang guru mereka buat. Jadi, guru harus bijak dan lebih kreatif supaya dapat menarik minat dan mencabar minda murid supaya murid mengikuti sesi PdPc di dalam kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Laporan Tentang Pameran Bahan Bantu Mengajar

BLOG KETERAMPILAN MEMBACA                                         NAMA PEN...