Selasa, 12 Disember 2017

Laporan Tentang Pameran Bahan Bantu Mengajar







BLOG KETERAMPILAN MEMBACA



                                        NAMA PENSYARAH: DR DAHLIA BINTI JANAN


  NAMA AHLI KUMPULAN 4:
Kumpulan 4 dari kiri Akmaliza, Dalila, Zarifah, Carmen
Nama Ahli Kumpulan 4:  CARMEN TAN LI WEI                                  D20171071818

                                            NUR DALILA BINTI MAT JUSOH             D20161075060
                                         
                                            SITI ZARIFAH BINTI ZAMRI                     D20161074347

                                            NOR AKMALIZA BINTI MOHD RAWI     D20161074866

Laporan Tentang Bahan Bantu Mengajar

Pada 28 November 2017 bertempat di Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, telah mengadakan pameran bagi kursus BMK3033 Keterampilan Membaca. Pameran ini diadakan bagi memenuhi tugasan kumpulan dalam mempamerkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dengan Teknik Membaca Secara Kritikal yang dipilih dan di aplikasikan dalam mencipta BBM yang dihasilkan. Kumpulan kami telah memilih Teknik Prosedur ReQuest. Kami telah membina BBM kami mengikut Teknik Prosedur ReQuest untuk menguji murid dalam mengaplikasikan Teknik Membaca Secara Kritikal. Kami telah membina beberapa soalan bagi mengukuhkan kefahaman dalam pembacaan murid melalui pemahaman dalam teks yang telah dibaca.
Teknik ReQuest merupakan teknik membaca secara kritikal yang melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik yang bertujuan mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca. Bacaan secara kritikal merupakan pembacaan yang teliti dan mendalam. 


Kumpulan kami merupakan kumpulan yang memilih Teknik Prosedur Request untuk digunakan dalam Bahan Bantu Mengajar. Teks yang kami pilih merupakan teks dalam bidang Pendidikan Sejarah yang bersesuaian dengan murid dari menengah atas



Teks yang kami pilih merupakan teks dalam bidang Pendidikan Sejarah yang bersesuaian dengan murid dari menengah atas. Teks sejarah yang dipilih bertajuk Ekonomi Masyarakat Tanah Melayu Sebelum Merdeka. Teks yang diberikan mempunyai maklumat dan fakta yang menceritakan keadaan ekonomi yang dijalankan pada zaman sebelum merdeka di Tanah Melayu.




Jawapan telah disediakan di atas kad manila  dan kertas warna yang telah direka bersesuaian dengan Teknik Prosedur ReQuest tersebut. Jawapan tersebut telah ditutup dengan bercirikan kertas warna sama dengan warna kertas soalan yang memberi petunjuk kepada murid, supaya mereka dapat membuat pemilihan jawapan. Jawapan tersebut telah disusun mengikut perenggan teks yang telah dipaparkan oleh guru. Jadi murid tidak akan terkeliru dengan kedudukan jawapan kerana ada kertas warna yang sama warna tetapi berlainan soalan dan jawapan. Soalan tersebut akan disoal mengikut perenggan teks dan murid akan mengenalpasti kedudukan jawapan tersebut berdasarkan susunan jawapan yang ada dalam teks.



Ahli kumpulan bergambar bersama Dr  Dahlia binti Janan pensyarah kursus Keterampilan Membaca semasa hari pameran di Auditorium



Ahli kumpulan bergambar bersama BBM daripada kumpulan lain
cantik nya!!!😻

Kenangan "wefie" bersama Dr Dahlia..Manisnya senyuman masing-masing 😍😍 

Zarifah sedang menerangkan teks dalam BBM  kepada pensyarah di hari pameran..wahh nampak macam gugup sedikit heheh 😎



seterusnya Zarifah menerangkan cara BBM itu diaplikasikan mengikut Teknik ReQuest




Ketua ahli kumpulan lain melawat pameran kumpulan kami. Zarifah menerangkan kepada mereka tentang BBM yang digunakan berdasarkan teknik ReQuest

Hehehe kusyuknya mendengar cik Zarifah berbicara 😆

Ketua-ketua ahli kumpulan yang lain sedang mendengar penerangan Teknik ReQuest daripada Zarifah

Dalila tekun memberikan soalan kepada ketua ahli kumpulan lain..haaa jawab jangan tak jawab 💁

Gigih Dalila menerangkan Teknik Prosedur ReQuest

Inilah kumpulan kami. Comel dan ayu gitu hehehe


Dr Dahlia bersama ahli kumpulan yang turut serta dalam pameran pada hari tersebut

kumpulan  dari bidang Geografi

salah satu BBM daripada kumpulan lain..Berwarna-warni

Cantik dan kemas. Inilah contoh BBM yang sesuai untuk mata pelajaran Geografi

Kreatif dan inovatif tahniah

Bergambar dengan ketua kumpulan yang melawat di pameran kami

haaa cuba jangan tak cuba hehehe

ketua-ketua sedang menilai satu persatu pameran dari kumpulan-kumpulan yang terlibat

kumpulan psikologi. Cantik BBM mereka..siap ada emoji lagi hehehe

semua sedang bersiap sedia sebelum memulakan pameran

sesi penilaian

       Sepanjang pameran, BBM  kami dinilai oleh pensyarah dan ketua-ketua ahli kumpulan. 
Saya dan rakan-rakan berasa gembira kerana berjaya menyiapkan BBM ini dengan jayanya. Semoga perkongsian kami ini memberi inspirasi dan idea yang menarik buat bakal-bakal guru di luar sana. Terima kasih kepada pensyarah kami Dr Dahlia binti Janan keran memberi nasihat dan sokongan dalam menjayakan kursus ini. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan kerana sama-sama menyiapkan tugasan ini. 💖
         

                                                                                                   
                                         













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Laporan Tentang Pameran Bahan Bantu Mengajar

BLOG KETERAMPILAN MEMBACA                                         NAMA PEN...