Isnin, 11 Disember 2017

Teknik ReQuest

1.0Teknik Prosedur ReQuest
      ·         Prosedur ReQuest dirangka untuk membantu pelajar membaca secara kritikal melalui penyoalan.
  ·         Prosedur Request boleh dikira sebagai teknik pembaca yang dinamik iaitu guru dan pelajar saling berinteraksi dalam proses pembacaan.
  ·          Guru dan pelajar berinteraksi melalui soalan-soalan yang dikemukan oleh guru kepada pelajar dan soalan-soalan yang dikemuka oleh pelajar kepada guru ketika proses pembacaan sedang berlangsung.
  ·          Teknik Prosedur ReQuest ini mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran dua hala yang secara tidak langsung meningkatkan kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca.
 ·    Teknik ini meningkatkan keupayaan membaca yang kritikal dalam kalangan pelajar apabila mereka perlu membina soalan-soalan berdasarkan teks yang dibaca.
  ·    Guru juga dapat memantau kefahaman pelajar melalui jenis-jenis soalan yang mereka kemukakan.
·  Guru boleh mengetahui kefahaman pelajar melalui mutu jawapan yang mereka berikan bagi menjawab soalan-soalan yang guru kemukakan.  

2.0 Tatacara Pelaksanaan Prosedur ReQuest Di Kelas
1.      Guru dan pelajar Bersama-sama membaca bsebahagian daripada teks.
2.      Guru menutup teks yang dibaca dan pelajar diminta mengemukakan soalan berkaitan teks yang tidak difahami.
3.      Giliran pelajar pula menutup teks dibacanya dan guru mengemukakan soalan berdasarkan teks.
4.      Guru memandu pelajar untuk meramalkan maklumat lanjut yang akan ditemui daripada teks.
5.      Pelajar dibenarkan meneruskan pembacaan secara senyap jika ramalan mereka berkaitan teks adalah betul. Jika remalan mereka salah ulang langkah 1.
6.      Pelajar berbincang mengenai teks dan bertukar-tukar pandangan mengenai jawapan soalan kefahaman mereka.
3.0 Kelebihan Teknik Prosedur Request
      Mewujudkan sikap kritikal dan analitikal dalam kalangan pelajar dengan menanam sikap suka bertanya.
      Mewujudkan peluang pelajar bertanya kepada guru setelah selesai membaca bagi meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam.

      Mewujudkan suasana pembacaan yang dinamik dengan penglibatan aktif guru dan pelajar menyoal antara satu sama lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Laporan Tentang Pameran Bahan Bantu Mengajar

BLOG KETERAMPILAN MEMBACA                                         NAMA PEN...