1.0
Pengenalan Bahan Bantu Mengajar
Bahan
Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran didalam kelas. Peralatan
mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,mendengar, rasa, hidu dan
sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Menurut
Atan Long (1981), beliau membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:
1.Alat bpendengaran
2.Alat-alat pandangan
3.Alat pandang-dengar
Menurut
Noraziah Hamid (1981) membahagikan BBM kepada dua multimedia iaitu:
1.Media elektronik
2.Media bukan elektronik
Menurut
Ngui Kuen Sang (1981), kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada
keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi
pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan
penglihatan dan pandangan seseorang.
Atan
Long (1982) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh
disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau
dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya
dinamakan BBM.
Menurut
Jonathan Savage dan Martin Fautley ( 2013 ), BBM merupakan salah satu
pembentangan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. BBM yang
digunakan dalam kelas kebanyakannya menggunakan papan putih, atau ‘Projectors’ dan
‘screen’ merupakan bahan yang dihubungkan dengan komputer untuk mempersembahkan
BBM dengan menggunakan teknologi dan mengikut kesesuaian perisian yang
digunakan. Antaranya ‘Power Point’ digunakan untuk menyampaikan maklumat secara
visual dengan pengisian ilmu yang menarik dan tersusun.
Menurut beliau lagi, persembahan dalam
bentuk Power Point ini kadangkala akan menjadi suasana pembelajaran yang
membosankan. Jadi seseorang guru itu perlu
1. kreatif
dalam mencari lebih banyak bahan untuk membuat kajian dan rujukan berkenaan dengan
pengajaran yang ingin disampaikan.
2. Guru
perlu menyusun maklumat yang penting dan utama untuk murid supaya murid faham
apa yang diajar oleh gurunya.
3. Guru
perlu menggunakan imej, video, audio untuk menegaskan maksud yang ingin
disampaikan.
4. Gunakannya
dalam lebih daripada satu pelajaran dan masukan maklumat tambahan.
Rumusan
Berdasarkan
pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada
tiga kategori:
a. Bahan-bahan
yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filemjalur, slaid,
overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD,komputer,radio
kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
b.
Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta
peta I-think, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel,
papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.
c.
Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud
(realia) dan sebagainya
Di
samping itu, BBM ini juga merupakan mekanisme yang dapat membina kognitif
(pemikiran) dan effektif (emosi ) murid dalam menghayati dan menerima ilmu yang
disampaikan oleh guru. Jika murid tersebut berjaya memahami dan dapat
mengaplikasikan ilmu tersebut, mereka dapat menjawab soalan dengan baik dan
cemerlang dalam peperiksaan serta dapat menerangkan kembali apa yang mereka faham
kepada rakan-rakan sekelas.
2.0 Objektif Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar
Situasi
pengajaran yang lebih menarik digunakan secara konsisten akan menarik minat murid
untuk belajar. BBM yang menggunakan pelbagai deria akan memberikan kesan dalam
menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar, khususnya konsep yang abstrak akan
mempengaruhi otak dan ingatan murid. Menurut Kupfermann dan Kandel (1995),
Maklumat yang mempunyai kesan yang bermakna dan mempunyai hubungan emosi akan
mempengaruhi ingatan murid untuk meningat maklumat tersebut dalam jangka masa
yang panjang.
Salah
satu BBM yang terbaik adalah penggunaan multimedia yang terdiri daripada
slaid,video dan audio yang menarik berjaya mendorong pembelajaran secara
sendirian atau berkumpulan. Jika BBM digunakan secara betul dan sesuai dengan
pengalaman murid objektif-objektif berikut akan tercapai iaitu:
ร Menyediakan asas yang kuat
untuk sesuatu konsep
รจ Menjadi
daya penarik yang penting untuk pelajar
ร Menghasilkan
pembelajaran yang lebih kekal Pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan
aktiviti sendiri dikalangan pelajar
3.0 Kepentingan BBM dalam
pengajaran dan pembelajaran
3.0.1 Menurut
Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 ) kepentingan BBM bolehlah
dirumuskan seperti berikut:
ร BBM
menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep sebagai daya penarik
penting kepada seseorang pelajar
ร Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih
kekal
ร Memberi
pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalanganpelajar
ร Dapat
membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
ร Boleh
membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
ร Boleh
memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam danberagam.
3.0.2 Menurut
Kamarudin Hj. Husin (1988) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:
ร Memberi
rangsangan dan minat murid-muird.
ร Menyediakan
dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran danmengurangkan
gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
ร Membekalkan
dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaranmereka lebih kekal.
ร Menyediakan
pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara
lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
ร Dapat
menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
ร Mendorong
murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan
murid-murid.
ร Dapat
mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid yang menyeronokkan
murid-murid.
Rumusan
Sememangnya,
pembinaan BBM ini ada tujuan dan matlamat yang tersendiri dalam memastikan
pendidikan tersebut berkualiti dan menyerap ke dalam jiwa murid. Pelbagai
objektif telah digariskan bagi memastikan murid dapat menanam minat dan suka
menuntut ilmu. BBM ini juga merupakan salah satu seni dan Teknik seseorang guru
yang kreatif dan inovatif dalam mengkaji dan mengenalpasti perkembangan pemikiran
pelajar dalam pada masa yang sama guru dapat membangunkan potensi pelajar dalam
mencungkil bakat mereka dalam akedemik. Hal ini sejajar dengan hasrat kerajaan
yang digariskan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
4.0 BBM Menjadikan
Persekitaran Pembelajaran Optimum
Guru
yang berkesan akan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
baik agar dapat membantu meningkatkan daya fikir seseorang pelajar. Isu yang
timbul ialah apa-apa yang diajar kerap kali pula dikatakan oleh pelajar tidak
dapat menimbulkan keterujaan mereka untuk belajar. Manakala pembelajaran secara
tradisional kerap kali menghalang pemerolehan pemahaman yang baik dan mendalam,
tidak menggalakkan perkembangan dan pembinaan konsep-konsep secara bermakna,
malah mengabaikan atau menghukum minda yang mahu berfikir secara kreatif. Oleh
itu, guru perlulah mengubah situasi ini dengan melakukan pendekatan
pembelajaran moden mengikut arus semasa bagi menyerap ke dalam jiwa murid abad
21 ini.
Menurut
Aminah (2005), terdapat empat jenis persekitaran yang dapat membantu
pembelajaran yang optimum iaitu:
·
Persekitaran
Visual
Menurut (Jensen 2000), sebanyak
80-90 peratus maklumat yang diserap oleh otak adalah dalam bentuk visual. Mata
kita boleh menerima dan mendaftar 36,000 mesej visual sejam. Bayangkan, dengan
maklumat yang begitu banyak, maka faktor persekitaran ini tentulah amat
penting, khususnya di sekolah. Warna, cahaya, pergerakkan, bentuk dan kegelapan
menjadi asas yang mempengaruhi perhatian pelajar. Warna yang suram dan tidak
menarik perhatian murid, akan tidak menarik minat murid. Persembahan visual
semasa pengajaran sudah pasti menarik perhatian pelajar. Tambahan pula, jika
persembahan itu mengandungi gambar, objek, grafik, dan video/filem yang
bergerak, maka akan lebih merangsang maklumat agar diserap di dalam otak.
Justeru, menghasilkan pembelajaran dan ingatan. Pembelajaran kontekstual ialah cara
paling efektif untuk membina pemahaman murid.
·
Multimedia
dan hipermedia
Multimedia dan hipermedia adalah
sangat berkesan untuk menarik perhatian murid kepada proses pembelajaran.
Kajian lepas menunjukkan penggunaan hipermedia sebagai bahan rangsangan yang
membuatkan proses pembelajaran berlaku lebih pantas dan murid lebih gemar
kepada pembelajaran berbentuk visual seperti multimedia dan hipermedia
berbanding teks dan verbal. Persekitaran yang paling baik ialah persekitaran
sebenar (dalam konteks/latar belakang).
·
Kesan
Persekitan periferal
Merancang persekitaran periferal
yang sesuai adalah penting bagi mendapatkan perhatian dan tumpuan pelajar
terhadap sesuatu pelajaran. Cuaca juga memainkan peranan yang penting.
Umpamanya, hari yang panas sukar untuk menarik perhatian pelajar, demikian juga
hari yang sejuk.
·
Muzik
atau bising
Kajian telah menunjukkan bahawa muzik dapat
merangsang pembelajaran kerana muzik boleh melahirkan rasa suka, selesa dan
ceria dan membolehkan maklumat diserap oleh otak. Manakala bunyi bising akan
merencatkan pembelajaran. Suasana kebisingan di dalam bilik darjah dari segi
prinsip pembelajaran berasaskan minda, tidak menggalakkan pembelajaran
maksimum.
Rumusan
Secara keseluruhannya, apa yang
penting disini ialah BBM ini merupakan salah satu mekanisme yang utama dalam
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang optimum. Hal ini kerana, apabila
seseorang guru telah berjaya membina BBM yang menarik dan menepati ciri-ciri
BBM yang baik, guru tersebut telah berjaya mengawal persekitaran bilik darjah
dan menjadikan murid lebih tekun dan fokus dalam pengajran dan pembelajaran
yang disampaikan.
5.0 Prinsip Pembinaan BBM
5.1 Pelbagai bahan bantu
mengajar:
BBM
dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut
peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman
langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized ,demontrasi,
pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.
5.2 Mutu bahan bantu mengajar:
Mutu
bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan
pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan
secocok dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut
lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa –sebutan ), intonasi
dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta
dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan
yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan,
pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.
5.3 Kecekapan Menggunakan BBM:
Kecekapan
seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannyamenyebabkanpengajaran
menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan
BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa
menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan
menepati fungsinya. Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu
ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap
mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.
5.4 Kesesuaian BBM:
BBM
seharusnya bersesuaian dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendakdisampaikan.
Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.
6.0 Gaya Pembelajaran Mempengaruhi
Pembinaan BBM
6.1 Definisi Gaya Pembelajaran
Gaya
bermaksud stail atau cara. Maka, gaya pembelajaran adalah merujuk kepada cara
pembelajaran. Dalam konteks psikologi penddikan, gaya pembelajaran ialah cara
seseorang pelajar memberikan tumpuan untuk memproses, mentafsir dan memperoleh
maklumat, pengetahuan, kemahiran atau pengalaman yang baharu.
Menurut
kebanyakan pengkaji yang mengkaji tentang otak dan pemikiran manusia mengatakan
bahawa 99% daripada apa-apa yang kita pelajari adalah daripada deria, iaitu
melalui deria penglihatan, pendengaran, hidu, rasa dan sentuh. Ini bermakna
persekitaran bilik darjah dan pendekatan guru mengajar menjadi sangat penting
untuk membantu murid-murid menerima dan memahaminya dengan baik. Sebaliknya,
kebanyakan bilik darjah pada hari ini masih banyak bergantung kepada gaya
pembelajaran secara auditori dan mengabaikan pembelajaran melalui deria-deria
yang lain. Jensen (1997), menyatakan bahawa lebih daripada 87% pelajar di dalam
sesebuah bilik darjah bukan belajar bukan secara mendengar sahaja, tetapi juga
dalam format visual dan kinestetik.
Oleh
itu, Jensen telah mengenal pasti tiga gaya pembelajaran yang terdapat dalam
kalangan kita semua, iaitu pembelajaran visual, auditori dan kinestatik. Menurut
Tileston (2004), kebanyakan daripada kita akan cenderung kepada satu gaya
pembelajaran sahaja. Jika kita diajar menggunakan kaedah yang selari dengan kecenderungan
kita itu, maka kita akan dapat menerima dan memproses sesuatu maklumat dengan
lebih pantas. Dalam konteks bilik darjah, pelajar yang bermasalah dalam
pembelajaranmereka perlu diajar berulang-ulang kali tidak akan berjaya kecuali
jika diajar mengikut kencenderungan gaya belajar mereka.Terdapat 3 gaya
pembelajaran yang dikaji oleh para pengkaji antaranya ialah visual, auditori
dan kinestatik.
BBM
merupakan salah satu bahan yang boleh mempengaruhi visual,auditori dan kinestetik
murid. Guru yang kreatif dan proaktif perlu banyak mengkaji dan membuat
pemerhatian berkenaan dengan potensi murid di dalam kelas bagi menarik minat mereka
menumpukan pembelajaran di dalam b ilik darjah.
6.1.1 Gaya Pembelajaran Visual
Gaya pembelajaran
visual memberikan kencenderungan murid untuk belajar dengan banyak menggunakan deria
mata mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Selalunya murid sukar mengingat
nama, tetapi mungkin pelajar akan ingat ciri-ciri rupa seseorang itu dengan
baik. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik jika ada alat-alat bantu
mengajar dalam bentuk bergambar untuk kegunaan mereka. Murid lebih suka membaca
buku cerita sendiri berbanding orang lain yang membacakan untuk
mereka.Cenderung untuk menulis nota atau membuat nota tangan sendiri semasa
proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh BBM yang boleh diaplikasika
dalam bilik darjah ialah permainan puzzle atau apa-apa saja peralatan visual.
6.1.2 Gaya
Pembelajaran Auditori
Kecenderungan
belajar seseorang yang berasa selesa belajar atau menerima maklumat secara mendengar
syarahan, perbincngan dan juga diberi peluang untuk bercakap. Contoh, cara
mengajar secara auditori ini ialah semasa belajar mengenal huruf (A, B, C…)
kanak-kanak belajar mengingatinya menerusi lagu A, B, C … boleh dikatakan semua
orang tahu membaca A, B, C.. tetapi jika ditanya, huruf apakah selepas huruf L?
Kadangkala kita perlu menyanyikan semula lagu A, B, C … itu untuk mrndapatkan
jawapannya.
6.1.3 Gaya
Pembelajaran Kinestetik
Kecenderungan
belajar seseorang yang menggemari aktiviti pembelajaran berbentuk amali atau
yang menggunakan pergerakkan tubuh badan untuk memahami apa yang dipelajari
secara teori.
Rumusan
Secara
ringkasnya, cara yang terbaik adalah dengan mempelbagaikan kaedah dan Teknik pengajaran
bagi memenuhi keperluan pelajar yang cenderung kepada mendengar, melihat atau
melakukan aktiviti fizikal dalam proses pembelajaran mereka. Ajarkan kepada
pelajar tentang kepelbagaian gaya belajar agar mereka mengetahui gaya
pembelajaran mereka di belajar agar mereka mengetahui gaya pembelajaran mereka
di samping dapat mengenal pasti bila masanya pembelajaran tersebut tidak
seiring dengan gaya pembelajaran mereka. Begitu juga dengan mempelbagaikan
peralatan dan bahan-bahan pembelajaran untuk menjadikan pembelajaran mereka
sesuatu yang bermakna.
Rujukan
Suppiah Naciappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd Aziz Abd. Shukor Ramlah Jantan, Roslinda
Mustapha dan Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar : Edisi
Kedua, Tanjong Malim, Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris.